
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu ape yang kita miliki smp kita kehilangannye. Tetapi sungguh bena pula bahawa kita tidak tahu apa yg belum kita miliki sampai kita mdpkn nyer
Mohd Khairi b Hj Khamdani
Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.
Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.
Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?
Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.
Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).
Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:
“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.
Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti bermain pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi. Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing. Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing. Pelabur individu pula masih dibenarkan bermain pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara. Oleh itu pelabur Malaysia kerap bermain pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar.
Taqiyyah bermaksud perlindungan dengan maksud bahawa seseorang itu melindungi keselamatan dan kehormatan diri dan hartanya daripada bahaya musuh dengan menyembunyikan sesuatu dan melahirkan apa yang berlainan dengan hakikat yang tersembunyi di dalam hati. Dengan kata lain taqiyyah ialah tindakan berpura-pura atau hipokrit kerana terpaksa.
Tokoh Ala-al-din abu Al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi (bahasa Arab: علاء الدين أبو الحسن عليّ بن أبي حزم القرشي الدمشقي ) juga dikenali sebagai Ibn al-Nafis (bahasa Arab: ابن النفيس ), Ibn Al-Nafis al-Dimashqi (B. Arab: ابن النفيس ), merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1213 - 1288. Dia merupakan orang pertama yang menggambarkan peredaran darah dalam tubuh manusia (pada 1242) dengan tepat. Lukisan kontemporari proses ini masih lagi wujud. Khususnya, dia merupakan orang pertama yang diketahui telah mendokumentasikan aliran paru-paru. Namun karyanya tidak ditemui sehinggalah pada 1924 di Berlin.